PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Friday, November 23, 2012

What your biggest fear is and how it affects your life?

Apakah benda yang paling menakutkan untuk anda?

Benda yang saya paling takutkan ialah binatang berbisa iaitu Ular. Tapi yang peliknya saya suka melihat rancangan Discovery Channel berkenaan dengan Ular. Tengok boleh tapi nak pegang takut.

Kalu jumpa macam ni, tak tau la nak buat macam mana? Alamatnya lari je la..hehehe

Bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kehidupan anda?

Kenapa Ular memberi kesan kepada kehidupan saya? Semestinya saya akan jawab saya geli dengan Ular dan sangat takut untuk berhadapan dengan Ular terutama yang berbisa. Setiap kali membersihkan kawasan rumah, perkara yang paling saya takut ialah jika saya terserempak dengan Ular. Saya berdoa dahulu sebelum mengangkat barang di belakang rumah yang terbiar takut berjumpa dengan Ular. Saya berani menyentuh Ular ketika haiwan tersebut mati la tapi itu pun sentuh pakai kayu. Kalu pakai tangan, mintak maaf banyak-banyak, geli..hehehehe

Ni yang takut sangat dengan ular ni. Kan dah kena tu. Memang cari penyakit la mamat ni.

Tapi sampai bila saya nak takut dengan Ular ni kan. Jadi, saya amat berharap agar suatu hari nanti saya diberi peluang untuk memberanikan diri saya menyentuh Ular dan bermain dengan Ular. Saya harus buang ketakutan ini supaya saya dapat hidup dengan lebih baik dari sebelum ini.

Kenapa sentuh bab ketakutan ni?
Saya menyentuh bab ketakutan ini kerana Astro akan menganjurkan sebuah rancangan berunsurkan ketakutan. Rancangan tersebut dikenali sebagai Astro’s Fear Factor Malaysia yang akan disiarkan pada awal bulan Disember ini.

Inilah dia pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia musim ini. Muka pun ganas tu. Lagi fear la peserta..hehehe

Rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz dan disertai oleh 30 orang artis ini iaitu Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin. Mereka akan diuji dari segi ketahanan fizikal dan mental mereka bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dan semestinya
tugasan yang diberi amat menakutkan selebriti tersebut.

Selebriti Fear Factor yang akan mengatasi ketakutan mereka. Sama-sama kita saksikan.

Kenapa nak tengok rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia ni?
Mestila nak tengok sebab saya nak tengok macam mana selebriti Malaysia ni mengatasi setiap tugasan yang diberikan dan mampukah mereka mengatasi ketakutan mereka ketika menyelesaikan tugasan tersebut. Mesti ade selebriti yang menangis ni.hehehehe.


Ok, pada pandangan awak, siapa akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia kali ini?
Emm susah jugak nak jawab tu sebab semua selebriti yang join ni hebat-hebat tapi setiap yang hebat pasti ada yang paling hebat. Pilihan saya ialah Dr Faiz. Dia kan angkasawan. Mesti dia kena berani. Kalu setakat tempat tinggi tu, kacang je bagi dia. Dia juga semestinya sentiasa menjaga stamina dan kesihatan dia. Saya yakin Dr Faiz akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia musim ini.



“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR