We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, November 1, 2012

MALAM JUMAAT-FAHAMAN MASING-MASING


Malam Jumaat adalah malam yang sangat diminati oleh sesetengah pihak dan amat ditakuti oleh sesetengah pihak. Kenapa saya kata macam tu?


Malam Jumaat bagi orang dewasa pasti menyeronokkan kerana setiap pasangan suami isteri suka bersama pada malam tersebut. Bukan sahaja kepada pasangan muda tetapi pasangan yang dah tua pun minat dengan malam Jumaat.

Itu untuk orang dewasa. Lain pula untuk kanak-kanak. Malam Jumaat bagi kanak-kanak amat menakutkan. Ini kerana mereka diajar oleh orang yang lebih tua mengenai benda yang karut-karut. Contohnya, pada malam Jumaat semua hantu akan keluar. Ini menyebabkan kanak-kanak menjadi takut dan tak berani keluar rumah. Niat orang tua kata begitu bukan untuk menakutkan kanak-kanak tetapi untuk mengelakkan mereka keluar pada waktu malam.

Itu lah persepsi masyarakat sekarang mengenai Malam Jumaat. Bagi Islam, Malam Jumaat menjanjikan pahala yang banyak kepada mereka yang mengerjakan amalan pada malam tersebut. Malam Jumaat biasanya dimulakan dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai di masjid atau di rumah. Walaupun amalan ini bukan sunnah Nabi tapi elok diamalkan kerana ia dapat menghimpunkan jemaah untuk membaca Yassin bersama.


Selepas itu, pada 2/3 malam pula, Malam Jumaat diisi dengan Qiamullail di masjid ataupun di rumah. Mereka menunaikan solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran. Ada juga sesetangah orang mengambil peluang pada Malam Jumaat untuk berintiqaf di masjid.

Ada baiknya jika Malam Jumaat ini dipenuhkan dengan ibadat seperti yang di atas. Sebenarnya, bersama isteri juga adalah ibadah. Apabila selesai bersama, ajaklah isteri untuk mandi bersama kerana Nabi kita juga mandi bersama isterinya. Selepas mandi, tunaikanlah Qiamullail bersama-sama. Alangkah indahnya Malam Jumaat jika setiap pasangan memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sama-sama kita usahakan agar kita mendapat banyak keberkatan, kerahmatan dan pahala. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR