PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Sunday, November 25, 2012

GAZA DISERANG YAHUDI-MALAYSIA DISERANG RAKYAT SENDIRI

Pemuda Gaza membantu kanak-kanak yang cedera ke hospital.

Setiap umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin di Gaza yang diserang oleh yahudi laknatullah tapi sedar tak sedar, negara kita juga diserang. Oleh siapa?

Siapa lagi kalau bukan rakyat sendiri. Kenapa saya berkata begitu?
Setiap hari, media massa negara kita melaporkan tentang kejadian rogol, rompak, kecurian dan pelbagai lagi kejahatan yang tak berperikemanusiaan. Mereka tidak mengira tua, muda, kanak-kanak,jantina dan kaum. Di mana ada peluang, penjahat ini akan melakukan kejahatan yang mereka ingin lakukan.

Polis pun tidak dapat membantu kerana jenayah berlaku di mana-mana dan tanpa kita sedari. Walaupun polis telah membuat rondaan, jenayah tetap akan berlaku.

Sebab tu saya kata negara kita tidak selamat. Jadi disamping mendoakan kepada rakyat dan Gaza, tolong la doakan untuk negara kita sekali. Negara kita sedang berada dalam ambang kemaksiatan yang amat dahsyat.

Bayangkan setiap hari ade je laporan berkenaan penzinaan, khalwat, culik, rogol, dan paling teruk adalah pembuangan bayi.


Tidak seperti di Gaza. Mereka bersatu hati menjaga keselamatan keluarga dan rakan-rakan mereka. Mana yang cedera dibantu. Kanak-kanak yang kecil dilindungi sebaik mungkin manakala wanita-wanita diberi perlindungan supaya tidak terkenal bedilan dari pihak yahudi.

Tapi negara kita, budak kecil pun dibunuh, dirogol dan dibuang. Yang tua pula dirompak dan ada juga dibunuh kerana dendam dan nafsu. Yang lemah ditindas, yang kuat makin kuat.

Sepatutnya bila kita berada dalam satu negara, kita akan bersatu padu. Saling tolong menolong. Bukan saling menjahanamkan.

Saya menyeru kepada semua rakyat supaya mendoakan keamanan dan keselamatan untuk Gaza dan juga untuk Malaysia. Semoga berkat doa kita semua, negara kita dan Gaza akan aman damai. Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR