PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Wednesday, October 31, 2012

KENAPA AKU DIANIAYA KETUA JABATAN


Sedih, geram dan marah. Itulah perasaan aku apabila aku mengetahui bahawa aku telah dianiaya oleh ketua jabatan aku. Apa silap aku? Kalu betul aku ada silap dengan kau, kenapa kau tak pernah tegur aku atau panggil aku dan berbincang elok-elok dengan aku? Kenapa kau harus menghukum aku sebegini?


Aku tahu selama aku kerja dengan kau, aku kurang sumbangan kepada institut tapi aku tetap menjalankan tugas aku. Aku tak pernah lupa tanggungjawab aku dan aku sentiasa berusaha untuk menyiapkan tugas yang diamanahkan.

Aku tahu aku ada mengata kat kau tapi aku mengata sebab aku tak puas hati dengan pengurusan kau. Setiap pekerja yang tegur cara kerja kau, kau akan kenakan hukuman kepada mereka. Kau tukarkan mereka ke unit lain, kau bagi dia tugas mengawal unit dan macam-macam lagi. Kau kata kau suka kalu orang tanya kau dan bercakap bila ada perjumpaan dengan kau tapi bila tak kena, kau hukum orang tu. Ketua apa kau ni? Kau memang tak layak jadi ketua.

Dah la kau ni pemalas. Ketua lain ada juga jenguk anak buah dia buat kerja. Kau pula asyik terperap dalam bilik kau tu. Mentang-mentang la bilik kau cantik. Apa salahnye kalu tengok sekali keadaan tempat kerja kami, elok ke tidak, selesa ke tidak. Alat-alat yang kami gunakan ini selamat ke tak. Bila ada masalah, mula la kau melenting. Mula la kau kata dia ni salah, dia tu salah, kau je yang betul.

Satu sifat kau yang aku paling tak suka ialah kau ni jenis percaya dekat penolong kau yang tak tau apa-apa. Diorang ni hanya nak mengampu kau. Bila masalah timbul, kau yang akan jadi tumpuan dan bila ini berlaku, nampak sangat kau tak pandai buat keputusan dan kau hanya dengar orang bawah kau cakap.

Orang bawah kau pun bukannya boleh percaya sangat. Mentang-mentang la aku ada masalah dengan salah seorang penolong kau, terus kau buang aku dari tempat kerja kau. Nasib baik gaji aku bukan kau yang bayar. Kalau kau yang bayar gaji aku, alamatnya tak makan nasi la aku dengan anak-anak aku. Bodoh punya ketua jabatan.

Kau belajar tinggi, ilmu banyak tapi kau bodoh bab pergaulan. Kau ingat kau ketua jabatan kau hebat la.  Aku pun ada kawan, jawatan dia sama dengan kau. Elok je dia cakap dengan aku, siap boleh minum air sekali. Kau boleh buat macam tu? Aku tolong jawabkan. Kau tak boleh buat macam tu sebab kau tu rasa kau ketua, taraf tinggi. Kau ego. Kau tak tau yang banyak wak kerja orang macam aku la. Kau hanya tahu mesyuarat je.

Kau ingatla. Sekarang kau duduk kat pangkat tinggi, kau boleh la nak sombong tapi kau ingat, tak semua orang akan berada di atas. Suatu hari nanti, kau akan jatuh juga. Masa tu kau tunggu la nasib kau macam mana. Ntah-ntah orang tak melawat pun kau masa kau sakit nanti.

Sayang, kau bijak tapi bodoh. Kau la ketua jabatan yang tak de hati perut. Semoga Allah Taala akan balas kau dengan balasan yang lebih teruk lagi. Malas dah aku nak tulis panjang-panjang. Aku cuma nak ingat kan kau, kau akan sentiasa akan doakan kau. Apa yang aku doakan kau tak perlu tahu tapi aku akan sentiasa berdoa sehingga kau terima akibatnya. Kau tunggu la balasan Allah Taala nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR