We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, December 14, 2012

PANAS : 10 BERITA PENCERAIAN ARTIS MALAYSIA 2012


Tahun 2012 juga menyaksikan kemelut dalam perkahwinan beberapa pasangan selebriti Malaysia. Malah ada yang tidak mampu mepertahankan rumahtangga sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai. Semoga mereka yang telah berkahwin di luar sana mengambil iktibar daripada apa yang telah terjadi kepada mereka.


1. Hattan dan Farah Asyikin – masjid yang dibina hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Berkahwin pada November 2011, Hattan sah menceraikan isterinya pada bulan Januari 2012 dengan talak satu. Hattan juga enggan mengulas lebih lanjut tentang punca penceraian mereka.


2. Chef Riz dan Ana Dahlia – penceraian yang mengejutkan banyak pihak. Perkahwinan mereka tidak sempat mencapai usia 1 tahun. Chef Riz mengakui yang tiada persefahaman sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Sementara itu Ana Dahlia memberitahu yang Chef Wan mengetahui penceraian itu bukannya berpunca daripada pihaknya


3. Adda Butterfly dan Ridzuan – Adda hanya sempat bergelar isteri selama 17 hari sahaja sebelum sah diceraikan oleh suaminya. Memang mengejutkan kerana sebelum ini majlis perkahwinan Adda turut dilakukan secara rahsia. Tambah mengejutkan apabila bekas suami Adda tampil memberi amaran kepada Adda agar berhenti membuat kenyataan yang mengaibkan dirinya.


4. Raja Azmi dan Jalani Sidek – tidak tahan dengan tohmahan lelaki dayus terhadap suaminya, Raja Azmi mengambil keputusan untuk bercerai. Mahligai yang dibina selama 28 tahun dan diceriakan dengan kehadiran 3 orang anak akhirnya hancur berkecai jua.



5. Jimmy Shanley dan Suhaila – setelah turun naik mahkamah untuk tempoh yang agak lama, akhirnya pada bulan Oktober 2012, Jimmy Sah menceraikan isterinya dengan tebus talak RM1. Perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak comel. Walaupun sudah bercerai, prosiding untuk menentukan hak penjagaan anak masih lagi berjalan buat bekas suami isteri ini


6. Ady Putra dan Aida - terkejut semua peminat Ady Putra dibuatnya apabila secara tiba-tiba Ady Putra memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sekitar bulan May 2012. Terus timbul khabar angin yang menyatakan kewujudan orang ketiga di dalam hubungan mereka. Namun syukur diucapkan apabila Ady Putra dan isterinya tidak meneruskan hasrat mereka itu. Kini mereka bahagia di samping seorang anak angkat


7. Sham Kamikaze dan Farazila - awal September lepas, Farazila memfailkan permohonan cerai dengan alasan hanya bahagia pada tahun pertama sahaja. Menurut Farazila, berlaku beberapa konflik dalaman yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja. Akhirnya, pihak mahkamah mengesahkan yang Sham dan Farazila telah pun bercerai sejak tahun lepas kerana tidak merujuk penceraian yang dilakukan dengan mahkamah.


8. Erra Fazira dan Engku Emran - sehingga ke hari ini pasangan ini masih bergelar suami isteri. Namun tahun 2012 menyaksikan khabar angin yang bertiup kencang tentang masalah rumah tangga mereka. Namun Engku Emran tampil dan bersumpah bahawa Erra Fazira adalah the one and only isterinya sementara Erra pula meberitahu yang Emran masih suaminya dan ayah kepada anak mereka

9. Sasha Saidin dan Salyo - penceraian antara suami isteri ini telah berlaku pada bulan Julai 2012. Semasa lafaz cerai dilakukan, Sasha dan Salyo kelihatan mengalirkan air mata. Tidak wujud kasih sayang dan tiada kesefahaman menjadi punca penceraian mereka


10. Rita Rudaini dan Aidil – kemelut rumahtangga yang tidak habis-habis sejak tahun lepas lagi. Bukan sahaja melibatkan mereka berdua, malah nama seperti Ayu Raudhah, Jue Aziz dan Zaquan Adha turut diheret sama ke dalam kemelut ini. Sehingga ke hari ini, perbicaraan kes mereka masih lagi berlangsung di mahkamah.


Jodoah pertemuan dalam ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Semoga semua pasangan ini tabah menghadapai segala permasalahan yang timdul dalam hubungan masing-masing. Bagi pasangan yang tidak bercerai, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR