We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, December 30, 2012

WANITA BOGEL KEJAR DI MASJIDIL HARAM

Dato' Dr Haron Din telah berkongsi satu kisah benar yang berlaku kepada seorang hamba Allah ketika berada di Tanah Suci. Kisah ini telah banyak tersebar di laman sesawang ni dan mungkin anda sudah tahu ceritanya melalui tajuk di atas.



Lelaki itu bukan dikejar oleh wanita sebenar tetapi hanyalah khayalan beliau. Beliau dikatakan teragak-agak untuk masuk ke dalam Masjidil Haram dan apabila kakinya mencecah lantai Masjidil Haram, dia akan terus berlari keluar.

Setelah diselidik, lelaki ini adalah peminat video lucah dan dia mengakui sempat melayan video tersebut sehari sebelum bertolak ke Tanah Suci. Setelah bertaubat dan melakukan sunat taubat, dia pun dapat masuk ke Masjidil Haram tetap dekat dengan pintu je.

Itu lah sinopsis tentang kisah tersebut. Ia memberi petunjuk yang sangat besar kepada kita tentang hukuman dan azab Allah serta kesucian Tanah Suci itu. Banyak kisah-kisah yang kita dengar berlaku kepada jemaah kita yang pergi ke Tanah Suci. Ada kisah baik berlaku dan banyak juga kisah buruk yang menimpa jemaah dilaporkan.

Sebelum ke Tanah Suci, kita diwajibkan untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dan manusia setakat yang termampu. Kita juga hendaklah mengelakkan diri kita dari melakukan maksiat yang akan menyebabkan kita akan dihukum oleh Allah Taala.

Hukuman yang diterima oleh lelaki tersebut adalah hidayah dan petunjuk dari Allah. Allah amat menyayangi hamba Nya dan lelaki tersebut pastinya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana telah menyedarkannya di atas maksiat yang telah dilakukan. Tanam lah azam dalam diri saya dan anda semua, pembaca blog ini untuk mengelakkan dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat yang akan memudaratkan diri kita.

Semoga kita semua akan dirahmati dan diberkati Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR