PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Sunday, December 30, 2012

TANAH RUNTUH DI BUKIT SETIAWANGSA


Heboh di akhbar, televisyen, radio dan internet mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Menurut laporan, sebuah rumah rosak teruk dan akan dirobohkan. Selain itu, terdapat dua rumah ahli parlimen berhampiran kawasan kejadian dan telah berpindah bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Ahli parlimen Rompin, Datuk Jamaludin Jarjis dan ahli parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan dan kelihatan masih berlaku pergerakan tanah pada lereng bukit di kawasan tersebut.


Itulah keburukan membuat rumah di atas bukit. Walaupun lereng bukit tersebut telah dikonkrit dan diletakkan saluran paip untuk pengaliran air tetapi itu tidak membantu. Kuasa alam tidak mampu diduga oleh manusia.

Sebelum ini, kita beberapa kali telah digegarkan dengan kejadian tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan beberapa kejadian lain membuktikan bahawa pembinaan rumah atau bangunan di atas atau ditepi bukit adalah tidak sesuai. Tapi masih ada syarikat kontraktor yang meneruskan projek tersebut sehingga hampir membahayakan perumahan yang berhampiran dengan projek pembinaan tersebut.

Selain itu, citarasa rakyat Malaysia yang pelik kerana ingin memiliki rumah yang berada di atas bukit. Jika tiada pembeli, maka tiada penjual. Rakyat Malaysia harus sedar dan jadikan ini sebagai peringatan. Buat apa beli atau buat rumah di atas bukit kalu kejadian seperti ini.

Walaupun sebelum pembinaan, pihak berkenaan telah menguji ketahanan tanah tetapi kuasa alam tidak dapat diagak oleh mata kasar. Sebelum dibuat rumah, memang la tanah tu elok, bila dah dibuat rumah, struktur dan ketahanan tanah pasti berubah.

Pesanan saya, usah lah buat rumah atau beli rumah di atas, tepi atau berhampiran bukit. Jika kejadian seperti ini berlaku, terpaksa lah penghuninya berpindah dan bila nak jual balik, pasti tiada orang nak belis. Sama-sama la fikirkan kenyataan saya ini. Bukan nak menunjuk pandai tapi niat saya ingin memberi nasihat kepada diri sendiri dan semua orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR