We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, December 1, 2012

KEMALANGAN - ADAKAH ADA PENYELESAIAN?


Negera telah digemparkan dengan kemalangan melibatkan kematian lima skeluarga di Mersing, Johor. Kemalangan itu melibatkan sebuah MPV dan lori tangki.


Mengikut laporan, MPV yang dipandu oleh Abdullah M. Yusof itu hilang kawalan dan berpusing sebelum dirempuh oleh lori tangki yang berada di belakang MPV tersebut.

Itu adalah antara kemalangan yang berlaku di negara kita dan setiap hari pasti akan berlaku kemalangan. Tak kira kemalangan tersebut melibatkan nyawa atau tidak, pasti akan berlaku.

Adakah kemalangan ini dapat dielakkan?

Ajal maut dan setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Walau bagaimanapun kita mengelak, ia pasti akan berlaku jika itu yang telah ditetapkan oleh Pencipta.

Jadi, adakah kemalangan tidak boleh dielakkan? Boleh dielakkan jika kita mengamalkan tahap keselamatan yang telah ditetapkan tapi jika ajal kita ditarik ketika kemalangan, itu adalah sudah ketentuanNya.

Kemalangan di Malaysia boleh dikatakan meningkat dari setahun ke setahun. Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh pengningkatan jumlah kereta, sifat pemandu, keadaan kereta, keadaan jalan dan tidak mustahil khianat orang yang ingin mengaut keuntungan.

Pada pendapat saya, kebanyakkan kemalangan di negera kita adalah berpunca dari sifat pemandu, keadaan jalan dan khianat orang.

Dari segi sifat pemandu,apa yang saya perhatikan pemandu ni negara kita tidak berhemah dan tidak mengikut undang-undang di jalan raya, memandu dalam keadaan mabuk dan suka memandu dengan laju. Ada sesetengah pemandu yang marah apabila ditegur memandu laju. Mereka tidak menghiraukan keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain. Yang penting, selagi kereta yang dipandu boleh pergi laju, selagi itu lah pedal minyak itu akan ditekan.

Keadaan jalan juga merupakan antara penyebab kepada kemalangan di Malaysia. Jalan raya yang  gelap pada waktu malam, jalan berlubang dan garisan yang pudar menyukarkan pemandu untuk memandu dengan baik. Apabila musim hujan, jalan yang berlubang dipenuhi air dan ini boleh menyebabkan kerosakan kepada kenderaan apabila terhumban ke dalam lubang tersebut kerana tidak menyedari lubang yang dipenuhi air itu.

Keadaan kereta yang tidak diservis atau tidak dijaga dengan baik juga boleh menyebabkan kepada kemalangan. Brek yang tidak berfungsi adalah penyebab tertinggi berlakunya kemalangan di jalanraya. Ini biasanya berlaku kepada kenderaan berat. Kos penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan sesetengah pemandu tidak menghiraukan keadaan kenderaan yang mrekea pandu.

Setiap hari, semakin ramai penarik kereta dan mekanik yang sanggup menipu demi mengaut keuntungan yang lebih. Ada yang sanggup mengupah seseorang untuk membuat khianat seperti menabur paku di atas jalan, melempar batu bagi memecahkan cermin dan yang terbaru, mengupah seseorang untuk melonggar tali brek supaya minyak brek melilih keluar. itulah antara taktik-taktik penipuan yang telah dilaporkan dan masih lagi berleluasa di negera kita. Bagi mereka, nyawa pemandu tidak penting. Yang penting, mereka akan mendapat duit.

Itu adalah punca kemalangan yang dapat saya huraikan di sini. Tindakan harus segera diambil oleh pihak berwajib bagi mengelakkan peningkatan jumlah kemalangan di Malaysia. Pihak berkuasa juga harus meningkatkan tahap pemantauan di jalan raya dan bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata-semata.

Nyawa tidak boleh dibeli tetapi kereta boleh dibeli. Apabila berlaku kemalangan, dua perkara yang pasti akan berlaku, selamat atau mati. Jika selamat, bersyukur dan jika mati, redha dengan ketentuan Illahi.

Sama-sama kita berdoa agar kita sentisa selamat di dalam perjalanan jangan kita lupa untuk menjaga kenderaan kita dengan baik dan sentiasa berhati-hati ketika mancu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR