PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Sunday, December 30, 2012

REBAT RM 200 UNTUK TELEFON RM 500

Akhirnya janji Perdana Menteri semasa Bajet 2013 mengenai rebat RM 200 untuk telefon pintar 3g akan dilaksanakan bermula Januari 2013 ini.
Oleh itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan senarai 23 telefon pintar 3g yang akan diberikan rebat apabila anda membelinya. Senarai telefon pintar ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat komunikasi akan menawarkan telefon pintar 3G dengan kerjasama pengedar rasmi yang mana akan mempamerkan banner khas pada kedai mereka dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.


Untuk mendapatkan rebat ini, belia hendaklah membuat pendaftaran melalui laman web SKMM bermula 1 Januari 2013 ini. 

Terima kasih kita ucapkan kepada PM kerana memberi rebat ini cuma apa yang memusykilkan saya ialah kenapa rebat ini hanya dikenakan kepada telefon pintar yang berharga maksimum RM 500 sahaja? Kenapa semasa membentangkan Bajet 2013 dulu perkara ini tidak dinyatakan dengan jelas? Saya bukan apa, bila dijelaskan lebih awal tidaklah rakyat keliru dengan pemberian rebat tersebut.

Rebat tersebut akan dapat membantu belia yang tidak berkemampuan untuk memiliki telefon pintar 3g pada harga yang murah. Itu adalah salah satu kebaikan rebat ini. 

Adakah semua belia akan membeli telefon pintar dan akan memperolehi rebat ini? Contoh la jika saya dah ada telefon samsung galaxy tab, adakah saya akan beli telefon pada harga RM 500 ini untuk mendapatkan rebat tersebut? Bergantung kepada belia tersebut tapi apa yang pasti tidak semua belia akan menggunakan rebat yang diberikan.

Jadi, pemberian rebat ini adalah bukan kepada semua belia sebaliknya kepada belia yang hanya memerlukan rebat ini sahaja. Pada pendapat saya, dari pada memberikan rebat bagi pembelian telefon, elok jika bajet tersebut digunakan bagi meningkatkan ekonomi negara. Mungkin jumlahnya sedikit tetapi dengan kadar inflasi dan peningkatan harga barang, ekonomi negara harus ditingkatkan  sesuatu perlu dilakukan bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

Itu hanya la pendapat saya sebagai rakya Malaysia yang demokrasi. Maaf jika ada yang tidak menyukai penulisan saya ini tapi ini hanya la luahan dari seorang belia dan rakyat Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR