PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Tuesday, October 2, 2012

REMAJA BAWAH UMUR MAKIN RAMAI HISAP ROKOK



Sedih bila lihat budak Tingkatan 1 dah pandai hisap rokok. Lepas itu, asap tu boleh buat pelbagai bentuk lagi. Bentuk cincin la bentuk bintang la, macam-macam lagi.

Bukan masalah bentuk asap yang dicoretkan di sini tapi situasi budak Tingkatan 1 yang mula dah pandai hisap rokok. Bila kita tegur, diorang boleh marah kita balik. Makin teruk perangai budak-budak sekarang.

Apakah punca berlakunya perkara macam ni? Ini adalah antara pendapat saya mengenai perkara ini.



1. Pengaruh dari keluarga.
Ini adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang itu merokok. Apabila dia tiap-tiap hari melihat ayah atau abang hisap rokok, pasti ada keinginan untuk merokok. Mungkin masa kecik, diorang tak tau pasal rokok ni tapi bila diorang dah besar dan pandai bercampur gaul dengan orang dewasa, di situ diorang akan tau macam mana nak merokok.

2. Pengaruh rakan sebaya yang tidak elok.
Rakan ni ada yang baik dan ada yang buruk. Kalu anak-anak atau budak-budak ini memilih kawan yang tidak merokok, pasti diorang tidak merokok tapi jika dia memilih kawan yang merokok, pasti dia akan merokok. Kawan-kawannya pasti akan memujuk atau mencabar remaja tersebut supaya merokok untuk membuktikan sesuatu contohnya kelakian mereka atau nak membuktikan bahawa mereka sudah besar walaupun masih mentah dalam kehidupan.

3. Perasaan ingin mencuba.
Apabila ramai yang merokok, pasti akan terdetik di dalam hati mereka untuk merokok. Dia pasti tertanya-tanya kenapa diorang hisap rokok? Sedap ke hisap rokok? Mula-mula try dulu lepas tu terus menjadi penghisap rokok tegar.

4. Harga rokok yang murah.
Ini pun boleh menyebabkan potensi untuk mereka hisap rokok. Jika harga rokok mahal, mungkin mereka tidak mampu untuk membeli. Kalu beli pun, mungkin 1 hari sebatang lepas tu bila dah tak de duit, dia tak boleh la beli.

5. Pengaruh persekitaran.
Hari-hari dia dihidangkan dengan orang menghisap rokok. duk rumah, ayah hisap rokok. Pegi sekolah, drebar hisap rokok, kawan-kawan hisap rokok. Sampai sekolah pulak, pak guard hisap rokok, tukang sapu hisap rokok, yang lebih teruk lagi, cikgu hisap rokok depan pelajar. Bila pelajar hisap rokok, pandai pulak marah.

Itulah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan remaja bawah umur pandai merokok. Harap setiap ibu bapa mengambil berat hal ini. Mula-mula rokok, pastu berjangkit ke benda yang lebih teruk lagi. Jadi, elok lah perkara ini diambil berat pada peringkat awal lagi. Semoga setiap ibu bapa menjaga dan meneliti anak-anak dan pergaulan anak-anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR