We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, October 18, 2012

(PANAS) PENGARAH MOHON MAAF KEPADA PELAKON KERANA FILEM

Terbaca satu artikel mengenai seorang pengarah yang juga pelakon filem memohon maaf kepada pelakon filem tersebut secara terbuka. Ini kerana keadaaan pelakon tersebut ketika ini telah berubah sepenuhnya. Ketika pengambaran filem tersebut, pelakon itu tidak lagi bertudung, tetapi setelah filem itu siap, pelakon tersebut telah menutup aurat dan tidak lagi berpakaian menjolok mata.



Itulah yang berlaku antara Diana Amir dan Farid Kamil. Farid Kamil telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej dalam filem tersebut amat berbeza dengan perwatakan Diana sekarang. Dalam poster filem Pe3 itu, gambar Diana dibuang demi menghormati pelakon tersebut.

Kalau betul menghormati Diana, Farid sebagai umat yang beragama Islam harus sedar kenapa Diana berubah dari berpakaian seksi kepada bertudung dan memakai pakaian yang menutup aurat. Ini kerana dia ingin menjauhkan diri dia dari mendapat dosa mendedahkan aurat. Jika filem tersebut ditayangkan, maaf yang dipohon oleh Farid Kamil tidak mampu untuk menampung dosa Diana itu. Lain la kalu Farid Kamil sanggup menanggung dosa tersebut.

Diana memang tidak boleh menghalang filem tersebut dari ditayangkan kerana telah menelan perbelanjaan berjuta ringgit tapi kasihan la dekat Diana yang telah bertaubat dan sedar dengan dosa yang dia telah buat sebelum ini.Dia juga bakal menjadi isteri orang semestinya akan menambah aib untuk dirinya, suaminya dan ahli keluarga belah pihak. Kita tidak tahu apa perasaan pelakon yang cantik molek ini? Mungkin dia sedang menangis di dalam hati memikir dosa yang akan ditanggung berterusan sehingga semua filem dan drama yang dilakonkannya dihentikan.

 Jadi satu penyelesaian yang boleh dilakukan ialah para penonton tidak pergi menonton filem tersebut di pawagam. Itu adalah salah satu cara untuk anda menolong diri anda dan Diana sendiri dari mendapat dosa.

Kita sepatutnya menyokong perubahan seseorang artis yang dulu berpakaian seksi dan sekarang telah bertudung elok. Kita senang tengok artis yang cantik mengenakan pakaian yang menutup aurat macam tu.

Kalu saya pemilik filem tu memang saya akan hentikan penayangan filem tersebut bagi menghormati pelakon tersebut tapi apakan daya penerbit filem tersebut, David Teo maka terserah lah apa yang perlu dilakukan olehnya.

Bercerita sikit tentang filem Pe3 ini. Filem ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bijak dalam melakukan rompakan melibatkan kereta mewah, peralatan komputer dan wang.

Sekali lagi, saya berharap agar kita dapat sama-sama membantu Diana Amir dengan tidak menonton filem tersebut demi menjaga kehormatan dirinya dan ahli keluarganya. Sama-sama la kita doakan agar Diana akan tabah menghadapi ujian Allah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR