PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, October 11, 2012

BUANG BAYI KAT MASJID

Emm..Buang bayi lagi. Ni mesti nak suruh qariah masjid kebumikan mayat anak dia dan pastinya si ibu bagi anak tersebut adalah orang Islam. Time kebumi tau pula nak cara Islam, bila buat perkara tu tak fikir hal Islam ke? Berhentila berzina. Kalu nak sangat, kawin cepat-cepat.


ALOR SETAR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di sini tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam tadi mengandungi mayat bayi lelaki.


Ishak Chin, 54, berkata dia menyangkakan beg plastik itu berisi sampah namun sangkaannya meleset.
"Selepas menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 8.45 malam tadi, saya pergi menutup pintu pagar di tepi masjid dan saya ternampak plastik tersebut.

“Pada awalnya saya sangkakan beg berwarna coklat gelap itu berisi sampah dan ingin membuangnya sebelum pulang. Namun setelah mengangkatnya terasa isi kandungannya berat.

"Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih dan kemudian saya menyelak kain dan terperanjat apabila ternampak muka bayi,” katanya di sini.

Ishak berkata dia telah memaklumkan kepada imam masjid serta ahli kariah lain dan kemudian laporan dibuat di Pondok Polis Alor Merah.

Katanya bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat, berkulit sawo matang, mungkin berbangsa Melayu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah disini untuk bedah siasat.

“Buat masa sekarang tiada suspek ditahan berhubung kes berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR