PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Monday, October 1, 2012

MACAM NI LA KALU KERJA BAWAH ORANG siri 2

Gambar sekadar hiasan.

Saya nak sambung artikel yang dulu mengenai diri saya di bawah tajuk MACAM NI LA KALU KERJA BAWAH ORANG.

Selepas kawan saya mengambil saya di stesen bas, saya pun dihantar ke pejabat tempat saya bekerja untuk melapor diri kepada ketua jabatan saya. Perasaan agak berdebar sambil berkata dalam hati, Ooo ni la tempat keje baru aku, ok jugak. Tapi dalam kepala masih lagi memikirkan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan di Terengganu. Macam mana keselamatan diorang? Makin fikir, makin risau jadinya.


Sampai di pejabat, jumpa dengan staf kat luar dulu. Dia kata ketua baru sampai, jadi kena tunggu la dulu. Sambil-sambil tunggu, kerani datang bagitau ketua kerani nak jumpa. Sembang dengan ketua kerani pasal nak mintak tangguh, cerita pasal keluarga, cerita pasal surat tukar, tengok muka dia sedih jer. Dia pun telefon kat ibu pejabat untuk memaklumkan saya mintak tangguh. Pegawai di ibu pejabat kata tak boleh tangguh. Masa tu memang dah rasa nak nangis dah tapi tahan dulu. Kuatkan semangat dan yakin akan dapat tangguh bila jumpa dengan ketua jabatan nanti.

Kemudian, ketua jabatan pun panggil. Pegi la jumpa dia. Sambil jalan tu, semua baca doa, doa penerang hati, doa pelembut hati, ayat kursi, al-fatihah habis baca. Jadi saya pun cerita la kat dia sama dengan apa yang saya cerita kat ketua kerani. Jadi, selepas berbincang dengan ketua kerani, dia pun kata dah tak boleh tangguh. Rasa nak tercabut jantung ni. Tapi tetap redha dengan keputusan tersebut. Pas tu dia pun bagitau la akan diletakkan di bahagian mana. Masa tu makin kuat berdebar. Dah la berdebar keputusan tangguh tak dapat tak habis lagi di tambah pulak dengan perkara ni lagi berdebar. Dia pun kata saya di tempatkan di unit yang harus berurusan dengan orang luar. Sepanjang saya bekerja, saya tak pernah duduk di bahagian tu. Jadi bila kena duduk di bahagian tu, memang takut la. Bukan apa, bahagian tu adalah bahagian yang boleh menyebabkan kita masuk penjara jika tersilap langkah. Sebab tu saya takut.

Selepas jumpa dengan ketua jabatan, saya pun ditunjukkan rumah yang diberikan kepada saya. Ok, luas tapi bukan duduk free, kena potong gaji. Tak pe la yang penting masih lagi dalam kawasan pejabat. Selepas tengok rumah, saya dibawa oleh ketua kerani tersebut untuk berjumpa dengan ketua saya. Jadi, ketua saya pun cerita la pasal bahagian ni. Saya pun angguk je la walaupun saya dah tau bahagian ni macam mana kerjanya.

Lepas tu saya pun ditunjukkan pejabat sebenar saya. Saya ade 2 rakan sekerja. Sorang orang Kedah, sorang lagi orang Perlis. Aku juga la orang dari kawasan lain.

Kita berhenti di sini dulu. Nanti saya cerita lagi pasal tempat keje baru saya. Harap anda tidak bosan dengan cerita saya. Jumpa di siri yang ketiga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR