PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Friday, October 12, 2012

BAJET 2013-ISU KENAIKAN HARGA GULA

Bajet 2013 hampir 6 minggu telah berlalu tetapi masih lagi terdengar ketidakpuasan hati daripada pemimpin pembangkang dan rakyat yang berpendapatan rendah. Apa yang mereka tidak puas hati bukannya pasal rebet telefon, skim rumah pertama dan hal-hal berkaitan ekonomi negara tapi apa yang mereka risaukan ialah kenaikan harga gula.

Gula adalah komponen yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kenapa saya kata penting? Ini kerana gula digunakan hampir dalam semua masakan dan minuman di seluruh negara dan ia mempunyai keistimewaan yang sangat penting.


Apakah keistimewaan gula? Gula amat hebat. Ia setanding dengan minyak manyak. Ini kerana apabila harga gula naik secara automatik, harga makanan yang melibatkan gula akan naik atau kuantiti makanan tersebut akan berkurangan.

Bagi orang yang berpendapatan tinggi mungkin tiada masalah untuk membeli gula walaupun naik setakat 20 sen tapi bagi orang pendapatan rendah dan peniaga, harga 20 sen amat berharga bagi mereka.

Ada seorang menteri mengeluarkan kenyataan berkaitan harga gula ini. Beliau berkata dengan kenaikan harga gula, rakyat Malaysia akan kurang mengambil gula dan penyakit kencing manis akan berkurangan. Masalah penyakit kencing manis adalah masalah individu. Jika dia makan banyak gula maka dia mungkin terkena penyakit tersebut tetapi jika dia makan mengikut sukatan yang betul dan mengamalkan hidup sihat, saya rasa gula yang dimakan itu akan membekalkan tenaga kepadanya dan itu baik untuk tubuh.

Jadi, rasionalnya, kenaikan harga gula hanyalah untuk mengutip balik duit rakyat setelah rakyat disajikan dengan BR1M, SR1M dan pelbagai lagi.

Saya bukan menyokong pembangkang dan juga penyokong kerajaan. Saya adalah rakyat yang ingin melihat pemerintahan negara yang adil kepada rakyat. Itu sahaja.

Di harap pihak kerajaan dapat mengkaji balik mengenai kenaikan harga gula ini kerana ia bukan sahaja membebankan pengguna tetapi juga kepada peniaga yang terpaksa mengekalkan harga makanan. Ini kerana kerajaan telah melarang pekedai makanan menaikkan harga makanan.

Sama-sama la kita mendoakan agar perkara ini akan diteliti semual perdana menteri kita dan menarik balik kenaikan harga gula ini bagi kesejahteraan rakyat.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR