PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Tuesday, October 9, 2012

ANAK AMY SEARCH NAMPAK TAYANG PAHA DI ANUGERAH BLOCKBUSTER


Sape-sape yang lihat pasti ada yang terkejut dan ada yang mungkin tak kisah dengan pakaian anak Amy Search, Nabila Huda ketika menghadiri Anugerah Blockbuster 2012. Dia yang hadir dengan pakaian hitam labuh mendedahkan bahagian lengan, perut, bahagian atas dada dan pahanya. Pakaian yang dilihat seperti pakaian artis barat itu menjadi tumpuan juru gambar kerana terlampau seksi.
Mengikut sumber, Amy Search sendiri terkejut dengan pakaian anak perempuannya itu. Dia tidak menyangka Nabila akan berpakaian ala-ala artis barat yang langsung tidak kisah dengan aurat.

Mungkin ada sesetengah peminat tidak kisah dengan pakaian pelakon tersebut kerana bagi mereka, apa yang dilakukan oleh pelakon tersebut tidak salah. Dia ada hak untuk berpakaian begitu. Tapi bagi agama dan adat ketimuran kita, pakaian tersebut amat tak sesuai.

Mungkin selepas ini, pihak penganjur program harus menetapkan syarat-syarat berpakaian atau pihak kerajaan sendiri yang menetapkan perkara ini.

Saya rasa dah tiba kerajaan meletakkan syarat kepada pakaian pelakon di Malaysia ini. Saya tengok ada sesetengah pelakon Melayu yang beragama Islam memakai skirt dan mendedahkan bahagian atas dada. Tidak mustahil pemakaian sedemikian akan dituruti oleh peminat yang sentiasa obses dengan pelakon tersebut.

Sungguh kesian kepada ibubapa yang mempunyai anak yang tidak pandai menjaga aurat mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR