We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, October 20, 2012

FINAL PIALA MALAYSIA 2012



Tepat jam 8.45 malam ini, sebahagian besar penonton akan menunggu di hadapan televisyen untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2012 yang akan mempertemukan dua juara iaitu juara liga super, Kelantan dan juara liga perdana, ATM. Perlawanan ini akan dilangsungkan di RTM 1 dan Astro Arena 801.


Pelbagai ramalan dan undian dibuat oleh media dan penyokong bagi menentukan pasukan yang bakal menjuarai Piala Malaysia untuk musim ini. Ada yang mengatakan Kelantan bakal menjadi juara dan ada juga yang mengatakan ATM menjadi juara.

Hai O dan Piya akan bertarung pada malam ini bagi membantu pasukan masing-masing menjulang piala malaysia malam ini

Ramalan atau undian itu akan terjawab malam ini apabila pengadil yang diamanahkan untuk mengadili perlawanan tersebut meniup wisel penamat di Stadium Shah Alam nanti.

Bagi penyokong tegar Kelantan tidak sah jika tidak menonton di stadium bersama puluhan penyokong yang datang dari segenap pelosok negeri bagi menyokong pasukan kesayangan mereka yang akan berjuang bagi memenangi piala ketiga musim ini.

Di facebook pula sibuk membicarakan tentang hal ini. Ada yang mengatakan Kelantan tempang kerana Ghaddar dan Farhan tidak dapat bermain kerana kecederaan. Tetapi Kelantan masih lagi mempunyai Afiq, Indra dan pemain yang berbakat yang dapat membantu Kelantan menjulang piala.

ATM pula dilihat bebas dari masalah pemain kecuali Irwan Fadli yang tidak dapat diturunkan kerana memiliki dua kad kuning tetapi hampir 90 % kesebalasan utama ATM dapat diturunkan. ATM pastinya menagih keistimewaan Hairudin Omar untuk menjelmakan kejayaan kepada mereka. Marlon dan Bruno juga pernah menjulang piala ini. Jadi ATM dilihat agak kuat dan mungkin perlawanan malam ini dijangka sengit.

Sama-sama kita saksikan kehebatan final Piala Malaysia 2012 ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR